Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
187) PROGRAM SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR (INSAN)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Program INSAN Konvensional berakhir September 2024 dan INSAN Takaful pada tahun 2025. Adakah program ini akan diteruskan ataupun perlu untuk dikaji semula serta pemuktamadan analisis kos-manfaat sekiranya diteruskan?
MBI
aUntuk hala tuju INSAN Takaful akan datang, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan rasionalisasi dengan memperhalusi pelaksanaan Skim Perlindungan Rakyat Selangor yang berkenaan manfaat kematian, supaya program baru yang dicadangkan adalah lebih bersasar, seperti khairat kematian bagi memastikan agar lebih sistematik dan tidak bertindan.
SEKYSEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPBT)
Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dalam perancangan penyelarasan semula manfaat perlindungan kematian akibat kemalangan di bawah Program Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dengan manfaat kematian yang terdapat pada program-program sedia ada Kerajaan Negeri yang lain. Langkah ini bertujuan memastikan hanya terdapat satu manfaat kematian sahaja di Negeri Selangor dan ini akan memberi kemudahan kepada rakyat untuk memohon bantuan berkaitan kematian di samping memastikan proses pemantauan keberkesanan program dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.