Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
239) PROGRAM SKIM INSURANS AM SELANGOR (INSAN)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tujuan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan Program Skim Insurans Am Selangor (INSAN)?
Program INSAN merupakan salah satu inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang (“ISP”). Objektif Program Insan adalah untuk menyediakan jaring keselamatan (safety net) dalam bentuk perlindungan insurans am kepada semua rakyat di negeri Selangor berusia 30 hari sehingga 80 tahun bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang terus meningkat yang akan lebih mencabar sekiranya berlaku kecederaan, kehilangan upaya atau kematian akibat kemalangan.
-
Berapakah kos bagi perlaksanaan skim ini?
Perlindungan kemalangan diri berkelompok yang dibuka pendaftaran kepada 6 juta orang rakyat di negeri Selangor di bawah Program INSAN ini dilaksanakan dengan kos sebanyak RM12 juta tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan.
-
Nyatakan statistik pendaftaran mengikuti DUN.
Seramai 3,562,260 orang telah berdaftar dengan Program INSAN sehingga 17 November 2022.