Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

332) PROGRAM SKIM INSURAN AM SELANGOR (INSAN)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini program INSAN sehingga kini?

    Program INSAN berjalan dengan lancar dengan jumlah 6 juta rakyat di negeri Selangor telah berdaftar.

  2. Berapakah jumlah pencarum yang memilih dengan caruman takaful patuh syariah?

    Kebanyakan rakyat di negeri Selangor masih dilindungi dibawah Program INSAN Konvensional.

     

    Bagi memberikan perlindungan insurans yang optimal kepada rakyat di negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri mengesyorkan untuk mendaftarkan pemohon-pemohon setelah perlindungan di bawah Program INSAN Konvensional telah tamat bagi individu-individu yang layak untuk Program INSAN Takaful.

     

    Setakat 30 Oktober 2023, jumlah pendaftaran untuk Program INSAN Takaful adalah 49,875.

Lampiran

Tiada Lampiran.