Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
38) PROGRAM SITHAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan Program Sittham pada tahun 2020-2023.
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2015, perkhidmatan Bas Smart Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh rakyat di Negeri Selangor sekaligus menepati sasaran penubuhannya di mana sehingga bulan Disember 2023, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah seramai 67,041,769. Matlamat utama Program Bas Smart Selangor adalah bukan untuk mendapatkan keuntungan tetapi ianya adalah sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat Negeri Selangor secara percuma di samping dapat mengurangkan bebanan kewangan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
-
Apakah plan pembaharuan program pada tahun 2024?
Kerajaan Negeri telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM15,025,398.30 sepanjang tahun 2023 bagi tujuan menampung kos keseluruhan operasi Bas Smart Selangor termasuk kos penyelenggaraan kepada syarikat pengoperasi yang telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan.