Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
116) PROGRAM SITHAM
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan yang diluluskan dalam program SITHAM sehingga ini? Perincikan mengikut DUN.
SITHAM merupakan singkatan atau akronim bagi Selangor Inthiyar Tholil Arvalar Maiyam yang membawa maksud Pusat Pembangunan Usahawan India Selangor (PPUIS). Jenama SITHAM ini diperkenalkan bagi menarik minat dan perhatian usahawan khususnya kaum India untuk melibatkan diri mereka di dalam Program Keusahawanan anjuran Kerajaan Negeri Selangor.
Setakat ini seramai 155 orang telah menerima manfaat bagi program Geran Dana Usahawan India Selangor dimana terdapat 37 DUN yang telah membuat permohonan. Berikut merupakan pecahan mengikut DUN :-
Bil DUN Nama Tempat Bilangan Jumlah (RM) 1 N01 Sungai Air Tawar Tiada permohonan 2 N02 Sabak Tiada permohonan 3 N03 Sungai Panjang Tiada permohonan 4 N04 Sekinchan 3 12,500.00 5 N05 Hulu Bernam 3 20,429.30 6 N06 Kuala Kubu Baharu 4 17,205.00 7 N07 Batang Kali 12 67,200.60 8 N08 Sungai Burong 1 5,360.00 9 N09 Permatang Tiada permohonan 10 N10 Bukit Melawati 14 67,156.70 11 N11 Ijok 8 45,356.00 12 N12 Jeram 1 3,300.00 13 N13 Kuang 1 5,980.00 14 N14 Rawang 9 34,072.40 15 N15 Taman Templer Tiada permohonan 16 N16 Sungai Tua 7 37,087.00 17 N17 Gombak Setia 1 4,440.00 18 N18 Hulu Kelang Tiada permohonan 19 N19 Bukit Antarabangsa 3 22,574.50 20 N20 Lembah Jaya 11 67,368.40 21 N21 Pandan Indah 4 25,580.00 22 N22 Teratai Tiada permohonan 23 N23 Dusun Tua Tiada permohonan 24 N24 Semenyih Tiada permohonan 25 N25 Kajang 7 35,282.80 26 N26 Sungai Ramal 1 10,950.00 27 N27 Balakong Tiada permohonan 28 N28 Seri Kembangan 1 3,184.50 29 N29 Seri Serdang 3 11,937.50 30 N30 Kinrara Tiada permohonan 31 N31 Subang Jaya Tiada permohonan 32 N32 Seri Setia 1 9,940.00 33 N33 Taman Medan 2 11,550.00 34 N34 Bukit Gasing Tiada permohonan 35 N35 Kampung Tunku Tiada permohonan 36 N36 Bandar Utama Tiada permohonan 37 N37 Bukit Lanjan Tiada permohonan 38 N38 Paya Jaras Tiada permohonan 39 N39 Kota Damansara 1 6,200.00 40 N40 Kota Anggerik 3 18,015.30 41 N41 Batu Tiga 1 4,780.00 42 N42 Meru 3 14,270.00 43 N43 Sementa 2 12,510.00 44 N44 Selat Klang 3 16,640.80 45 N45 Bandar Baru Klang 3 16,302.00 46 N46 Pelabuhan Klang Tiada permohonan 47 N47 Pandamaran Tiada permohonan 48 N48 Sentosa 5 29,410.00 49 N49 Sungai kandis 1 3,850.00 50 N50 Kota Kemuning 2 1,050.00 51 N51 Sijangkang 10 51,493.20 52 N52 Banting 10 53,526.20 53 N53 Morib 1 4,312.00 54 N54 Tanjung Sepat 1 6,615.00 55 N55 Dengkil 7 43,503.40 56 N56 Sungai Pelek 3 13,602.00 JUMLAH 155 827,422.10 -
Apakah syarat-syarat kelulusan bagi permohonan program SITHAM ?
Syarat-syarat kelulusan bagi program SITHAM adalah seperti berikut:-
- Syarat Permohonan Geran Dana Usahawan India Selangor.
- Pemohon Mestilah Terdiri Daripada Rakyat Selangor / Telah Bermastautin Di Negeri Selangor 10 tahun dan ke atas (Pengesahan Permastautin Oleh ADUN);
- Berumur Di Antara 18 Tahun Hingga 55 Tahun;
- Perniagaan Telah Beroperasi 6 Bulan Dan Keatas Dan Masih Aktif Dijalankan Sepenuh Masa;
- Perniagaan Didaftarkan Di Bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
- Mempunyai Pekerja Antara 2-5 Orang Dan Nilai Jualan Tahunan Adalah RM300,000 Dan Ke Bawah;
- Bantuan Geran Diberikan Mengikut Kesesuaian Perniagaan Yang Dijalankan; dan
- Permohonan Yang Berjaya Layak Menerima Bantuan Geran Ini Sekali Sahaja Dalam Bentuk Barangan.
- Syarat Syarat Permohonan GROW
- Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Selangor / telah bermastautin di Negeri Selangor 10 tahun dan keatas (Pengesahan permastautin oleh ADUN);
- Berumur di antara 18 tahun hingga 55 tahun;
- Golongan Asnaf (JKM);
- Wanita Ladang;
- Ibu Tunggal;
- Belia;
- Kakitangan Kerajaan Berpencen;
- Bantuan GERAN diberikan mengikut kesesuaian perniagaan yang dijalankan; dan
- Pemohon yang Berjaya layak menerima bantuan GERAN ini sekali sahaja dalam bentuk barangan.