Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

67) PROGRAM SITHAM

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah peruntukkan Program SITHAM.

    Jawapan bagi Sub Soalan A, B dan C:

    Program Pembangunan Usahawan India Di Negeri Selangor telah mula diperkenalkan sejak tahun 2017 untuk mengembangkan kebolehan dan kepakaran kaum India di dalam bidang keusahawanan menerusi Indian Entrepreneurship and Capacity Building Program : Towards Economic Resilience, Empowerment and Upward Mobility.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 22 / 2020 pada 17 Jun 2020 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 23 / 2020 pada 24 Jun 2020 telah menimbang dan meluluskan penganjuran Program Pembangunan Usahawan India Di Negeri Selangor 2020 dengan kos sebanyak RM700,000.00.

    Yayasan HIJRAH Selangor dilantik sebagai agensi pelaksana dan penyelaras bagi program Program Pembangunan Usahawan India Di Negeri Selangor 2020. Satu Unit Pembangunan Usahawan India akan diwujudkan bagi menyelaras segala pelaksanaan program.  Pecahan peruntukan pada tahun ini adalah seperti berikut:

  2. Berapa daripada jumlah tersebut telah disalurkan kepada pemohon?

    Jawapan seperti di Sub Soalan A

  3. Jika terdapatnya baki, sila nyatakan cara bagaimana baki tersebut akan disalurkan?

    Jawapan seperti di Sub Soalan A

Lampiran

Tiada Lampiran.