Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

172) PROGRAM SELVAX

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dos vaksin yang diperoleh Kerajaan Negeri untuk program SelVAX ? Berapakah jumlah dos yang telah dimanfaatkan kepada individu rakyat Selangor secara percuma dan berapa jumlah dos yang diperuntukkan untuk tujuan komersil?

    Jangkaan kegunaan bagi SelVAX ialah sebanyak 1.25 juta dos. Pecahan peruntukan vaksin adalah seperti berikut:
    SelVAX Komuniti: 500,000 dos
    SelVAX Industri: 750,000 dos

    Sehingga 1 November 2021, jumlah dos yang telah dimanfaatkan dibawah SelVAX adalah:-
    i) Komuniti (diberi percuma): 333,044 dos
    ii) Industri (Komersil): 212,955 dos

Lampiran

Tiada Lampiran.