Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

12) PROGRAM SELVAX

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa baki vaksin Program SelVAX komuniti?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari:

    Gombak Setia (N17) No.136 (a),

    Bukit Gasing (N34) No.202 (b),

    Pandamaran (N47) No.246 (b),

    Sungai Panjang (N03) No.255,

    Sungai Burong (N08) No.256 (a) dan

    Rawang (N14) No.266 (a)

    Seperti yang Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri telah menyasarkan pemberian vaksin kepada 250,000 individu atau 500,000 dos melalui Program SELVAX Komuniti dan 1 juta pekerja atau 2 juta dos melalui Program SELVAX Industri.  Sehingga 22 Ogos 2021, bilangan dos vaksin yang telah disuntik bagi Program SELVAX Komuniti adalah sebanyak 224,880 dos.  Justeru, baki dos adalah sebanyak 275,120 dos.

  2. Berapa baki vaksin Program SelVAX Indutri?

    Bagi Program SELVAX Industri, bilangan dos vaksin yang telah disuntik sehingga 22 Ogos 2021 adalah sebanyak 142,719 dos daripada 750,000 dos yang diperuntukkan berdasarkan stok yang telah dibeli. Justeru, baki dos adalah sebanyak 607,281 dos.

  3. Apakah rancangan seterusnya dengan baki vaksin ini?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari Rawang (N14) No.266 (c). SELGATE akan meneruskan penjualan vaksin melalui klinik panel di seluruh negara untuk melaksanakan pemberian dos vaksin. Selain itu, SELVAX juga dalam persiapan untuk suntikan ketiga (booster shot) sekiranya perlu, dan bagi penerima vaksin bagi golongan berumur 18 tahun ke bawah tertakluk kepada kelulusan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid (JKJAV). Kerajaan Negeri juga akan meneruskan pemberian vaksin secara percuma kepada golongan yang belum menerima vaksin termasuk melalui pemberian vaksin secara bergerak (mobile).

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.