Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

88) PROGRAM SELCAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis saringan kanser yang kini ditawarkan oleh program SELCAN dan syarat pendaftaran?

    Terdapat empat (4) jenis saringan kanser yang ditawarkan di bawah Program Selangor Kanser (SELCAN) iaitu:

    1) Kanser Payudara;

    2) Kanser Serviks;

    3) Kanser Kolorektal; dan

    4) Kanser Prostat

    Syarat kelayakan bagi menerima manfaat saringan di bawah Program Selcan adalah warga Selangor dengan keutamaan diberikan kepada golongan berisiko dan mempunyai sejarah penyakit serta tidak pernah melaksanakan saringan kesihatan.

  2. Bagaimana SELCAN mempengaruhi kadar pengesanan awal kanser?

    Melalui Program SELCAN, individu yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan dapat mengetahui tahap kesihatan semasa dan risiko awal berkaitan dengan kanser. Ini seterusnya membantu pengesanan awal penyakit kanser dijalankan dan seterusnya membolehkan pemeriksaan lanjut dapat dijalankan dengan kadar segera. Sekiranya keputusan sampel menunjukkan bacaan tidak normal, individu tersebut akan ditawarkan untuk membuat pemeriksaan lanjut di panel berdaftar bagi pengesahan diagnosis.

    Data sampel di bawah Program SELCAN bagi tahun 2022 sehingga 25 Mei 2024 adalah seperti berikut:

  3. Adakah terdapat rancangan untuk memasukkan sebarang jenis saringan kanser baru dalam program SELCAN?

    Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan cadangan penambahan saringan kanser baharu di bawah Program SELCAN tertakluk kepada beberapa faktor seperti keperluan kesihatan awam semasa dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.