Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
170) PROGRAM SELANGOR JOB FAIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah keberkesanan Program Job Fair Selangor yang diadakan pada tahun lalu (2021) dalam menyediakan peluang pekerjaan terutamanya untuk golongan belia?
Keberkesanan pelaksanaan Program Karnival Kerjaya merupakan salah satu usaha Kerajaan Selangor dalam menyediakan platform serta ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan, sekaligus mengatasi kadar pengangguran yang tinggi di Selangor berikutan pandemik covid-19. Pada tahun 2021, sebanyak enam (6) siri Karnival Kerjaya – Selangor Bekerja telah berjaya dilaksanakan di lima (5) lokasi berbeza iaitu Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Sungai Buluh. Penganjuran program ini telah menyediakan ruang dan maklumat pekerjaan kepada masyarakat di daerah dan kawasan sekitar yang berdekatan khususnya bagi golongan belia bertujuan untuk memudahkan pencari kerja hadir ke program tersebut. Kehadiran pencari kerja yang berdaftar adalah seramai 2,726 orang yang telah dilaksanakan dengan mengikut keluasan tempat dan mematuhi Tatacara Pengendalian Piawaian (SOP) secara ketat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jumlah yang berjaya melalui sesi temuduga dan mendapat pekerjaan adalah seperti Jadual 1 berikut:
Jadual 1: Pencapaian Pelaksanaan Program Karnival Kerjaya 2021
Temuduga Kali Kedua Diterima Kerja Peratus Diterima Kerja 1,178 716 60% Pada tahun 2022, program Selangor Bekerja ini akan diteruskan dalam skala Mega bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pencari kerja di Negeri Selangor dengan sasaran 25,000 peluang pekerjaan ditawarkan.