Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

17) PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU CINA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Program Sambutan Tahun Baru Cina Negeri Selangor secara dalam talian bagi tahun 2021 dan 2022 berjaya mendapat sambutan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Program sambutan Tahun Baru Cina Negeri Selangor secara atas talian bagi tahun 2021 dan 2022 secara dasarnya boleh dirumuskan mendapat sambutan yang menggalakkan.

    Berdasarkan maklumbalas yang diterima, program bersempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021 dan 2022 telah berjaya disiarkan dengan penglibatan yang positif dari jumlah penonton Media Atas Talian dan Platform Media Sosial yang tinggi seperti berikut;

    Disamping itu, bagi menarik dan menambahkan lagi kemeriahan Program Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021 dan 2022, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan kempen peraduan di laman media sosial. Hadiah angpao wang tunai telah diperuntukkan untuk peraduan berikut:

    Bagi sambutan tahun 2022, Majlis makan malam juga telah diadakan pada 8 Februari 2022 bertempat di Hotel Sheraton Petaling Jaya bagi meraikan Perayaan Sambutan Tahun Baru Cina dan menjalin hubungan mesra di antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ketua-Ketua Jabatan, kedutaan, persatuan/dewan-dewan perniagaan antarabangsa/tempatan serta kesemua pemegang taruh industri dan pelaburan di negeri Selangor. Seramai 255 jemputan telah hadir dan penganjuran majlis mengikut SOP yang telah dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  2. Adakah program tersebut mendapat tajaan daripada pihak swasta? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Peruntukan Penganjuran Program Sambutan Tahun Baru Cina Negeri Selangor adalah daripada peruntukkan Kerajaan Negeri dan tiada penajaan ataupun penglibatan daripada pihak swasta.

Lampiran

Tiada Lampiran.