Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
118) PROGRAM RUMAH RAKYAT MPSJ
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengurusan unit rumah rakyat yang masih kosong?
Bagi pengurusan perumahan rakyat yang masih kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya, piagam pelanggan bagi proses dan pendaftaran kemasukan penyewaan baru adalah dalam tempoh tujuh (7) hari setelah keadaan rumah di dalam keadaan bersedia iaitu pembaikan telah dilakukan serta tunggakan utiliti terdahulu dilangsaikan.
Jumlah unit kosong di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, Puchong dan Pangsapuri Seri Kayan, Pinggiran USJ, Subang Jaya merangkumi unit di dalam proses penjualan, unit yang di dalam proses pembaikan bagi penempatan penyewa baru serta unit yang dijadikan kuarters.
-
Apakah kriteria golongan yang berkelayakan dan apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk membuat tawaran sewaan kepada mereka?
- Kaedah yang digunakan bagi membuat tawaran adalah melalui pengisian borang permohonan yang boleh didapati di Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Aras 2, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan pemohon dikehendaki untuk melampirkan dokumen yang diperlukan seperti dokumen pengenalan diri berserta slip gaji.
Setiap permohonan yang dikemukakan oleh pemohon baru perlu memenuhi kelayakan dan kriteria penyewaan yang ditetapkan seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas/telah berkeluarga atau mempunyai tanggungan.
- Pendapatan isi keluarga kurang dari RM 2,000.00 iii. Pemohon telah berdaftar dengan PBT yang berkenaan. iv. Pemohon dan isteri/suami tinggal atau bekerja di Selangor.
Pemohon dan isteri/suami tidak memiliki tanah atau rumah dalam daerah atau mukim yang sama dengan lokasi rumah rakyat yang dimohon.
Manakala golongan sasar atau kriteria pemohon yang ditetapkan seperti berikut :
- Setinggan (sekiranya terdapat penempatan setinggan baru).
- Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan.
- Penduduk miskin tegar (di bawah kategori kemiskinan tegar/bandar).
- Orang Kurang Upaya (OKU) v. Pesara
- Mangsa bencana alam dan kebakaran vii. Pekerja kilang
-
Apakah langkah-langkah yang dirangka oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan prestasi kutipan sewaan yang tidak memuaskan?
Langkah-langkah yang dirangka oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya dalam mengurus kutipan sewa seterusnya meningkatkan kutipan sewaan seperti berikut :
- Mewujudkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Perumahan Rakyat bagi membincangkan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan lebih terperinci.
- Mewujudkan kaunter bergerak bulanan di kedua-dua lokasi sebulan sekali sebagai pilihan medium pembayaran sewa; dan
- Menguatkuasakan tindakan undang-undang bagi penyewa gagal melakukan pembayaran dan / atau melakukan kemungkaran di dalam perjanjian penyewaan (rujuk lampiran).