Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
35) PROGRAM RUMAH PRIHATIN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik bilangan rumah dibina dan penerima tahun 2010 mengikut kaum dan daerah?
Bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri memperolehi sumbangan sebanyak RM 4.1 Juta daripada Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri untuk membiayai Program Kerajaan Prihatin. Statistik bilangan rumah dibina dan penerima tahun 2010 mengikut kaum dan daerah adalah seperti berikut: b)
BIL DAERAH BILANGAN RUMAH JUMLAH BINA BARU BAIK PULIH Melayu Cina
India
Melayu
Cina India
1 Hulu Langat 5 –
2
9
– –
16 2 Petaling 4 – – 5 – – 9 3 Sepang 5 – 1 16 – – 22 4 Sabak Bernam 1 –
2
6
– 1
10 5 Kuala Selangor
14 2
1
15
1 1
34 6 Gombak – 2 – 8 – – 10 7 Klang 12 1 1 9 – 1 24 8 Hulu Selangor
5 2
2
4
– 1
14 9 Kuala Langat 16 –
2
15
– –
33 Jumlah 62 7 11 87 1 4 172 -
Apakah mekanisme yang telus digunakan untuk memilih penerima rumah yang layak?
Pemilihan penerima yang layak untuk menerima bantuan di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang di pengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, YB Tuan Dr A Xavier Jayakumar. Setiap borang yang diterima akan ditapis dan di siasat oleh pihak Pejabat Daerah dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Mesyuarat Jawatankuasa dianggotai dan di wakili oleh semua wakil daripada daerah dan agensi-agensi berkaitan. Pemilihan penerima adalah berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dan pertimbangan oleh ahli Jawatankuasa yang bersidang.