Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
100) PROGRAM RAMADHAN & HARI RAYA PUASA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan program negeri untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan?
BIL NAMA PROGRAM 1
Program Pelancaran Sambutan Semarak Ramadhan Negeri Selangor 2014 pada 27 Jun 2014 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bersama Y.Bhg. Ustaz Azhar Idrus dan beberapa penceramah terkenal 2
Program Tazkirah Santai dan Iftar Bersama Belia di Dataran Kemerdekaan dari 2 hingga 27 Ramadhan 1435H 3
Kempen Solat Tarawikh 20 Rakaat dan Tazkirah Ringkas selepas selesai solat sunat Tarawikh 4 Program Diskusi Khas Ramadhan Muslimat Peringkat Daerah 5 Program Tadarrus dan Tadabbur Belia Negeri Selangor 6 Program Tazkirah dan Iftar Perdana Peringkat daerah 7
Program Munajat, Qiamullail dan Sahur Perdana Peringkat Negeri Selangor 8 Program Munajat, Qiamullail dan Sahur Perdana Peringkat daerah 9
Program Selangor Kempen Jom Beriktikaf dan Berqiamullail Negeri 10 Penerbitan Risalah KhasTazkirah Ramadhan 1435H -
Berapakah jumlah peruntukan dana di setiap DUN untuk melaksanakan program sempena Ramadhan dan Hari Raya?
Tiada maklumat berkaitan
-
Berapakah peruntukan dana untuk program-program tersebut di peringkat kerajaan negeri?
Peruntukan Kerajaan Negeri untuk program-program tersebut sebanyak RM259,000.00