Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

7) PROGRAM PWB DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jenis-jenis program yang telah dijalankan sejak ditubuhkan.

    Menyedari tentang pentingnya kemahiran dalam proses pemberdayaan wanita, maka Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga menyokong penuh penubuhan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di setiap Dewan Negeri (DUN) di Selangor. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di bawah anjuran dan kelolaan PWB. Antara program yang telah dijalankan sejak PWB ini ditubuhkan adalah :

     

    • Bengkel Kraftangan (kristal, dompet, bakul, kerongsang, gubahan)
    • Bengkel Jahitan   (Jahitan   pelbagai   jenis   pakaian,   telekung,   beg daripada banner,tudung)
    • Bengkel Masakan (kuih-muih, roti, kek, makanan sejuk beku, nasi arab, makanan barat, biskut raya)
    • Kursus Ilmiah (Kelas Bahasa, Kelas Komputer, Fotografi)
    • Senam Sihat (Aerobik dan taklimat pemakanan sihat)
    • Bengkel penampilan diri
    • Bengkel penghasilan produk (sabun organik, eko enzim dan lain-lain)
    • Program Alam Sekitar (Green Plantation)
    • Bengkel kemahiran (lukis inai, refleksologi, spa terapi, cetak T-shirt)

     

  2. Berapakah jumlah peserta yang telah berjaya menjadi usahawan? Nyatakan mengikut daerah

    Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang ditubuhkan semenjak tahun 2010 telah menjalankan pelbagai aktiviti dan program sama ada berstruktur mahupun tidak berstruktur. Berikutan itu, maka beberapa usahawan telah dilahirkan hasil dari usaha pelaksanaan program-program PWB tersebut. Berikut adalah jumlah peserta yang telah berjaya menjadi usahawan mengikut daerah :

     

    BIL DAERAH BIL USAHAWAN
    1. Gombak 14 Orang

     

    BIL DAERAH BIL USAHAWAN
    2. Petaling 16 Orang
    3. Kuala Selangor 16 Orang
    4. Kuala Langat 43 Orang
    5. Sepang 8 Orang
    6. Sabak Bernam 8 Orang
    7. Klang 16 Orang
    8. Hulu Selangor 4 Orang
    9. Hulu Langat 16 Orang
    JUMLAH 141 Orang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.