Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
102) PROGRAM PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah yang telah dan belum digunakan daripada bajet yang diperuntukkan bagi program PWB bagi Tahun 2015?
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM1.68 juta bagi tahun 2015 untuk tujuan pembangunan wanita melalui Pusat Wanita Berdaya. Sejumlah RM247,619.30 telah digunakan bagi pelaksanaan program – program Pusat Wanita Berdaya di DUN masing-masing. Manakala baki yang belum digunakan adalah berjumlah RM1,432,380.70
-
Nyatakan jenis-jenis dan kriteria-kriteria program yang layak memohon dan menerima peruntukan PWB?
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM1.68 juta bagi tahun 2015 untuk tujuan pembangunan wanita melalui Pusat Wanita Berdaya. Sejumlah RM247,619.30 telah digunakan bagi pelaksanaan program – program Pusat Wanita Berdaya di DUN masing-masing. Manakala baki yang belum digunakan adalah berjumlah RM1,432,380.70
-
Nyatakan bilangan program PWB yang telah dilaksanakan bagi tempoh tahun 2015.
Sehingga kini sebanyak 210 buah program telah dilaksanakan di peringkat Pusat Wanita Berdaya