Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

178) PROGRAM PROGRESSIVE SOCIETY ÒWE CARE WE SHAREÓ

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tujuan utama program ini dilaksanakan?

    Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Negeri Selangor 2017 berlandaskan konsep Membangun Bangsa Memakmur Negeri, telah melahirkan hasrat untuk membina satu sistem pendidikan sehingga pencapaian kerjaya bagi memastikan graduan di Selangor mempunyai kebolehpasaran dalam bidang pekerjaan.

     Dalam hal ini, Programme On Graduate Employability Enhancement For SMART Selangor (PROGRESS) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 1 Januari 2017 yang dilaksanakan oleh syarikat Irshad HR Consulting Sdn. Bhd. (IRSHAD) dengan kos program sebanyak RM4,991,964.00. Program ini yang dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Inggeris merupakan sebuah projek perintis bertujuan menyediakan graduan terpilih dengan pengalaman dan kemahiran terutama soft skill untuk membantu kebolehpasaran graduan ini mendapat peluang pekerjaan.

    Program ini akan mensasarkan seramai 300 graduan yang akan dipilih oleh pihak IRSHAD untuk dilatih dalam tempoh selama 7 bulan (1 bulan pembelajaran dalam kelas dan 6 bulan Internship Program). Kriteria pemilihan graduan adalah seperti berikut:

    • Warganegera Malaysia;
    • Lahir di Selangor;
    • Berumur di bawah 27 tahun;
    • Graduan Ijazah Sarjana Muda IPT dengan CGPA 2.0 ke atas; dan
    • Tidak bekerja sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh menamatkan pengajian.
  2. Siapakah yang bertanggungjawab melaksana dan memantau perkembangan program tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor telah melantik syarikat Irshad HR Consulting Sdn Bhd sebagai perunding bagi melaksanakan program PROGRESS ini kerana syarikat ini mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor akan memantau pelaksanaan program ini melalui Laporan Prestasi yang akan dihantar kepada Unit Perancang Ekonomi setiap suku tahunan bagi penyaluran peruntukan pelaksanaan modul-modul yang telah selesai dilaksanakan.

  3. Apakah modul yang digunapakai dalam program latihan tersebut?

    Secara keseluruhan, program PROGRESS ini dilaksanakan dalam tempoh masa 12 bulan (Januari 2017 sehingga Disember 2017) dengan perincian seperti berikut:

    BIL. PELAN PELAKSANAAN TEMPOH
    1. Pra-Pelaksanaan:

    I.        Merekabentuk Program;

    II.        Pemilihan Peserta; dan

       III.        Company Engagement

    3 bulan
    2. Fasa 1:

       I.    Group Live Projects;

      II.    Business English Enhancement, Facilitation and Upgrading Programmes;

    III.    Organisational and Job-Based Simulations;

    IV.    Guided Self Learning Assignments;

     V.    Industrial Studies; dan

    VI.    Spiritual Uplift Activities

    1 bulan
    3. Fasa 2:

    Internship Program

    6 bulan
    4. Penilaian Program:

    I.     Participants Tracking; dan

    II.     Penyediaan Laporan

     

    2 bulan

    JUMLAH 12 bulan

    Walau bagaimanapun, seperti yang dijadualkan di dalam Fasa Satu dalam jadual di atas, graduan terpilih akan menjalani kursus intensif/ pendek dalam tiga (3) pendekatan selama satu (1) bulan di dalam kelas (in-class training) iaitu:

    • Pendekatan 1 : Latihan formal di dalam kelas melalui Modul Latihan seperti berikut :-
    • Modul 1 : Building and Achieving Self Efficasy
    • Modul 2 : Project and Event Management
    • Modul 3 : Business English for Communication
    • Modul 4 : Exceeding Demand Gearing for Excellence
    • Modul 5 : Information Management and Analysis
    • Modul 6 : Problem Solving and Critical Thinking Skills
    • Modul 7 : Business Management and Appreciation
    • Modul 8 : Functional Skills Develoment
    • 8.1 : Fundamental for Halal Executive
    • 8.2 : Principles of Production and Quality
    • 8.3 : Principles of business Management

    • Pendekatan 2 : Program Pengukuhan
    • Aktiviti pemantapan Bahasa Inggeris (Business English Enhancement, Facilitation and Upgrading Programmes atau BEEF-UP)
    • Projek berkumpulan (Group Live Project – PROGRESSIVE Society “We Care We Share”
    • Aktiviti Sukan
    • Aktiviti kerohanian
    • Pendekatan 3 : Tugasan Individu

    Latihan Individu diberikan kepada setiap peserta seramai 300 orang bagi setiap modul dengan bimbingan oleh pihak konsultan sebagai pengendali program.

Lampiran

Tiada Lampiran.