Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

280) PROGRAM-PROGRAM KEUSAHAWANAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program-program keusahawanan yang dijalankan pada 2021 dan siapakah yang mendapat manfaat dan bagaimana penggunaan peruntukan 6.08 juta?

    Program-program di bawah Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Negeri Selangor terbuka kepada semua usahawan di dalam negeri Selangor. Berikut merupakan program-program yang dijalankan bagi tahun 2021.

     

    Vot Program 2021 Perbelanjaan (RM)
    03001

    Dana Usahawan Mikro Selangor

    (RM2,250,000.00)

    Geran Bantuan Peralatan Bil 1 (94) 1,639,614.95
    Geran Bantuan Peralatan Bil 2 (18) 414,562
    Geran Bantuan Peralatan Bil 3 (11) 190,500

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    03002

    Promosi Usahawan

    (RM1,130,000.00)

    Karnival Sabak Bernam 11,800
    Voucher Promosi Platform Online (SELDEC & KOHIJRAH) 250,000
    Pegawai Perhubungan Usahawan PBT 43,200
    Klinik Usahawan Selangor 150,000
    LAZADA Fesyen Raya 100,000
    Selangor International Expo (SIE) 84,814
    Kempen Kesedaran Perlesenan Perniagaan/Videografik 49,720
    Program Barcode KOHIJRAH 20,100
    Program `Meja Ceo` 49,900
    Program Sembang Santai2 14,600
    Program Ada Apa Dekat Dapur 50,000
    Program Memperkasa Usahawan Digital Antarabangsa (MUDA) 80,000

     

     

     

     

    03003

    Latihan Usahawan Mikro

    (RM2,150,000.00)

    Liga Usahawan Selangor 720,000
    SITHAM 1,000,000
    Latihan UPEN  
    Kursus Online Shopee – SIDEC Invest Selangor 20,000
    Kursus PADU -SIDEC Invest Selangor (Fzh) 17,653
    Kursus Video Pengiklanan Online -SIC SELDEC 20,000
    Kursus Kewangan Aliran Tunai -ACR (Fzh) 12,370
    Kursus Bina Jenama -Peta Minda (Online) 7,500
    Kursus Dropship Agen -Avant (Online) 19,900
    Kursus Keusahawanan Bersama INSKEN 107,000
    Latihan HIJRAH 60,000
    Kursus IR 4.0 (Online) 20 Jam 8,450
    Kursus Jahitan Captain Crafter – (Online) 18,600
    Kursus Florist Online 17,010
    Responsif Perniagaan Online 18,800
    HALAL, MeSTI, HACCP & GMP 18,500
     

     

    03004

    Program Pembungkusan Produk Made In Selangor

    (RM550,000.00)

    Latihan Teknologi Pembungkusan Produk Dan OEM_Samza 19,725
    Pembungkusan Dan Penjenamaan Produk KOHIJRAH 30,000
    Program Pembungkusan Bersama DDEC 27,000
    Program Pembungkusan Bersama KOHIJRAH 80,000
    Pelan Strategik Usahawan 294,680
  2. Apakah perbezaan antara program keusahawanan ini dengan kursus latihan yang diberi oleh Hijrah Selangor?

    Bantuan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Negeri Selangor terbuka kepada semua usahawan di dalam Negeri Selangor tanpa mengira kaum.  Julat umur pemohon dari 18- 55 tahun dan beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. Manakala program di bawah HIJRAH Selangor disasarkan kepada usahawan HIJRAH Selangor sahaja.

    Berikut merupakan bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh HIJRAH Selangor:

     

    • Pinjaman Mikrokredit Hijrah Selangor

    HIJRAH Selangor menyediakan pinjaman kewangan secara berperingkat bermula tahun 2020. Ia merupakan satu sistem pembiayaan modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan. Pinjaman berperingkat ini dikategorikan mengikut skim 1 – 4 dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM50,000.00 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selain itu terdapat beberapa program lain di bawah agensi ini seperti berikut:

     

    • Skim Zero to Hero

    Program ini merupakan pakej latihan dan bimbingan perniagaan oleh syarikat peneraju selama tiga (3) hingga enam (6) bulan. Ia menawarkan pakej dalam bidang perniagaan, pembuatan, pertanian, perikanan, peruncitan dan jualan atas talian.

     

    • NADI (Skim Niaga Darul Ehsan)

    Bantuan ini berbentuk pinjaman modal dari RM1,000.00 – RM5,000.00 khusus untuk wanita yang ingin memulakan perniagaan dalam kumpulan seramai 3 orang. Pembiayaan ditawarkan selama (3) hingga enam (6) bulan.

     

    • GO Digital (Skim Pembiayaan Digitalisasi)

    Skim ini ditawarkan kepada usahawan yang ingin menyertai platform digitalisasi perniagaan. Pinjaman di tawarkan sehingga RM5,000.00 dengan tempoh pembiayaan enam (6) bulan – tiga (3) tahun.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.