Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

8) PROGRAM PREMIUM RM1,000.00

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah rakyat Selangor yang telah memohon untuk Program Premium RM1,000.00? Berapakah jumlah premium yang telah di terima oleh kerajaan negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bayaran premium RM1,000.00 bagi pemberimilikan tanah dalam Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) dan program bayaran premium bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor menentukan sendiri kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing.

    1. Berikut adalah jumlah rakyat yang telah menikmati kemudahan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan dengan pilihan pembayaran premium tanah sebanyak RM1,000.00 (nominal) mengikut pecahan daerah di Negeri Selangor dan jumlah premium yang diterima berdasarkan premium tersebut :-
     
    JUMLAH PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN YANG DILULUSKAN
    DENGAN BAYARAN PREMIUM RM1000 DAN PREMIUM YANG DITERIMA
    SEJAK DILANCARKAN PADA JUN 2011
     
          Jumlah Permohonan   Jumlah Premium Yang
    Bil.   Daerah Yang Lulus Bayaran Diterima
        Premium RM1000 (RM)
    1. Hulu Selangor 5 5,000.00
    2. Hulu Langat 136 136,000.00
    3. Kuala Selangor 89 89,000.00
    4. Petaling 65 65,000.00
    5. Sepang 3 3,000.00
    6. Kuala Langat 4 4,000.00
    7. Gombak 48 48,000.00
    8. Sabak Bernam
    9. Klang 6 6,000.00
  2. Sila jelaskan mengikut pecahan kaum.

    Jumlah pemohon yang telah menjelaskan bayaran premium RM1,000.00

    JUMLAH   356   RM 356,000.00

    mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut :-

          Jumlah      
    Permohonan
    Yang Lulus
    Bil.   Daerah   Melayu   Cina   India
    Bayaran
             
    Premium
    RM1000
    1. Hulu Selangor 5 2 2 1
    2. Hulu Langat 136 125 7 4
    3. Kuala Selangor 89 80 8 1
    4. Petaling 65 12 4 49
    5. Sepang 3 1 2
    6. Kuala Langat 4 3 1
    7. Gombak 48 4 3 41
    8. Sabak Bernam   Tiada  
    9. Klang 6 6
    JUMLAH   356   226   32   98
  3. Berapakah nilai premium sebenar tanah-tanah tersebut?

    Nilaian sebenar premium tanah tersebut hanya boleh diperoleh apabila pemilik tanah yang telah memilih bayaran premium RM1,000.00 (nominal) hendak memindah milik tanah tersebut melalui proses jual beli. Nilaian tanah yang akan digunakan adalah berdasarkan nilaian yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor.

     
    SEKIRANYA PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN YANG DILULUSKAN
    DENGAN BAYARAN PREMIUM RM1000 MENJELASKAN PREMIUM
    MENGIKUT KADAR SEBENAR
     
          Jumlah Permohonan   Jumlah Premium
    Sebenar Yang Perlu
    Bil.   Daerah Yang Lulus Bayaran
    Dibayar
        Premium RM1000
    (RM)
         
    1. Hulu Selangor 5 101,247.50
    2. Hulu Langat 136 1,659,640.00
    3. Kuala Selangor 89 1,089,943.30
    4. Petaling 65 758,288.70
    5. Sepang 3 75,036.00
    6. Kuala Langat 4 102,655.50
    7. Gombak 48 1,698,958.00
    8. Sabak Bernam tiada
    9. Klang 6 229,583.95
    JUMLAH   356   5,715,352.95

Lampiran

Tiada Lampiran.