Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

18) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi senarai dan bilangan rumah prihatin rakyat yang telah dibina oleh kerajaan negeri mengikut daerah sejak tahun 2008

    Statistik dan bilangan rumah bagi Program Kerajaan Prihatin yang telah dibina oleh kerajaan negeri mengikut daerah sejak tahun 2008 adalah seperti di LampiranE

  2. Apakah akan berlaku selepas kerajaan menerima permohonan dan adalah tempoh menunggu selama enam bulan boleh dipendekkan lagi?

    1. Setiap borang yang diterima akan diberi surat maklumbalas daripada pihak UPEN yang memaklumkan bahawa permohonan telah diterima dan sedang diproses. Selepas enam

    (6) bulan daripada surat maklumbalas tersebut, sekiranya tidak menerima apa-apa maklumbalas, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

    Permohonan biasanya akan diproses dalam tempoh enam (6) bulan dimana setiap permohonan akan ditapis mengikut syarat kelayakan, disiasat oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama wakil daripada Pejabat Daerah. Permohonan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin untuk dipertimbangkan. Selepas itu, pemohon akan dimaklumkan  mengenai  status permohonan samaada berjaya ataupun tidak berjaya.

    Bagi kerja-kerja baik pulih dan bina baru rumah Program Kerajaan Prihatin akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin. Lantikan Kontraktor dan Sebut Harga akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan.

    Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 858 permohonan untuk 9 buah daerah di Negeri Selangor dan hanya 584 permohonan diproses memandangkan faktor peruntukan yang terhad dan tidak mencukupi. Tempoh menunggu selama enam bulan boleh dipendekkan sekiranya Kerajaan Negeri menerima  permohonan- permohonan yang benar-benar layak dan mengikut syarat-syarat kelayakan serta prosedur yang telah ditetapkan. Borang-borang permohonan perlu dihantar ke Pejabat Daerah untuk tujuan semakan dan tapisan awal oleh pihak  Pejabat  Daerah.  Permohonan yang tidak dihantar ke Pejabat Daerah akan melambatkan lagi proses permohonan Program Kerajaan Prihatin.

     

     

     

    JUMLAH BANTUAN BAIK PULIH PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN DARI TAHUN 2008-2010

     

     

     

    Daerah 2008 2009 2010 Jumlah
    BINA

    BARU

    BAIK

    PULIH

    BINA

    BARU

    BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH
    Klang 20 10 31 13 13 9 96
    Petaling 7 16 3 4 5 35
    Kuala Langat 23 14 17 14 18 14 100
    Hulu Langat 10 3 7 12 7 8 47
    Sabak Bernam 31 59 9 43 3 9 154
    Kuala Selangor 14 34 22 25 16 16 127
    Gombak 14 15 14 11 2 8 64
    Hulu Selangor 6 8 8 10 9 5 46
    Sepang 7 11 9 15 3 11 56
    Jumlah 132 154 133 146 75 85 725

Lampiran

Tiada Lampiran.