Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
118) PROGRAM PERUMAHAN MAMPU MILIK : RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan bercadang untuk memperbanyakkan lagi projek-projek perumahan mampu milik memandangkan keperluan perumahan bertambah, terutama golongan miskin?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan bahawa rakyat Negeri Selangor memiliki rumah sendiri. Ini dapat direalisasikan dengan adanya Dasar Rumah Selangorku yang berkuatkuasa pemakaiannya bermula 1 Januari 2014. Dasar tersebut merupakan hasrat Kerajaan Negeri bagi memenuhi matlamat Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna. Rumah Selangorku merupakan rumah harga kawalan di mana harga jualan dan pembelinya dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Harga Rumah Selangorku adalah bermula dari RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit yang mana mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah sehingga
Melalui dasar tersebut tersebut, pihak pemaju / pemilik tanah dikenakan syarat untuk membina Rumah Selangorku berdasarkan kepada keluasan pembangunan dan ianya mengikut zon / kawasan pembangunan. Syarat Rumah Selangorku yang dikenakan adalah pembangunan yang berkeluasan melebihi 2 ekar di Zon 1 manakala di Zon 2 melebihi 5 ekar.
Oleh itu, sekiranya terdapat cadangan pembangunan perumahan yang dikemukakan oleh pihak pemaju / pemilik tanah adalah menjadi keutamaan / tanggungjawab pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk memastikan kuota / syarat pembangunan Rumah Selangorku ada dan dibina mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan syarat / kuota pembangunan mengikut zon pembangunan berdasarkan Pekeliling Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) Bilangan 1 Tahun 2013 yang berkuatkuasa pemakaiannya bermula pada 1 Januari 2014.
- Kawasan pembangunan perumahan mengikut ZON 1 terletak dalam kawasan Lembah Klang yang meliputi kawasan berikut :
Bil. Daerah Mukim / Kawasan 1. Petaling Keseluruhan Daerah Petaling 2. Gombak Mukim Batu dan Hulu Kelang 3. Klang Mukim Klang 4. Hulu Langat Mukim Cheras, Kajang, Ampang dan Semenyih 5. Sepang Kawasan Cyberjaya - Kawasan pembangunan perumahan mengikut ZON 2 terletak dalam kawasan Lembah Klang, berpotensi pembangunan dan juga kawasan ‘sub-urban’ seperti berikut :
Bil. Daerah Mukim / Kawasan 1. Gombak Mukim Setapak dan Rawang. 2. Hulu Langat Mukim Hulu Langat, Beranang dan Hulu Semenyih. 3. Klang Mukim Kapar 4. Sepang Keseluruhan Daerah Sepang kecuali Cyberjaya. Bil. Daerah Mukim / Kawasan 5. Kuala Langat Keseluruhan Daerah Kuala Langat 6. Kuala Selangor Mukim Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Batang Berjuntai (Bestari Jaya) dan Hujung Permatang - Kawasan pembangunan perumahan ZON 3 terletak di kawasan luar bandar yang meliputi kawasan seperti berikut :
Bil. Daerah Mukim / Kawasan 1. Kuala Selangor Mukim Pasangan, Tanjung Karang dan Hulu Tinggi 2. Hulu Selangor Keseluruhan Daerah Hulu Selangor 3. Sabak Bernam Keseluruhan Daerah Sabak Bernam - Bagi memastikan pembinaan RUMAH SELANGORKU diseimbangkan mengikut kesediaan tanah di dalam zon-zon pembangunan, peratusan penyediaan rumah adalah berdasarkan kepada keluasan tanah seperti berikut :
Zon Pembangunan Perumahan
Keluasan Pembangunan Keseluruhan Projek (ekar) / Keperluan Penyediaan RUMAH SELANGORKU 2 – 5 ekar
5 – 10 ekar
10 – 20 ekar
20 – 50 ekar
50 ekar ke Atas ZON 1 *20% 30% 40% 50% 50% ZON 2 – 20% 40% 40% 50% ZON 3 – – 40% 40% 50% * Hanya tertakluk bagi kawasan di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Pengiraan % adalah berdasarkan kepada keseluruhan unit rumah yang dibina dalam sesuatu projek.
-
Pohon statistik kelulusan Rumah Selangorku sejak ia dilancarkan, mengikut Daerah, Tempat/lokasi dan jenisnya?
Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 89,396 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini. Ia merangkumi sebanyak 22,494 unit rumah dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku manakala baki 66,902 unit lagi bukan dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku. Berikut merupakan perincian Rumah Selangorku mengikut PBT dan jenis pembangunan :-
PBT
RUMAH SELANGORKU BIL PROJEK JENIS RSKU JUMLAH UNIT A B C D MBSA 16 1,697 2,206 4,345 2,147 10,395 MBPJ 3 ‐ 100 100 532 732 MPAJ 4 60 202 827 117 1,206 MPSJ 12 1,011 2,120 3,728 2,470 9,329 MPK 13 412 615 3364 3242 7,633 MPKj 42 2,305 6,713 6,767 4,217 20,002 MPS 12 3,946 3,387 6,040 6,760 20,133 MPSp 21 719 1,496 3,907 6,009 12,131 MDHS 3 ‐ 50 64 204 318 MDKS 12 197 586 2,075 741 3,599 MDSB 2 ‐ 132 104 40 276 MDKL 2 330 660 1,982 670 3,642 JUMLAH 142 10,677 18,267 33,303 27,149 89,396