Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

299) PROGRAM PERTANIAN BANDAR BERSASAR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program-program Kerajaan Negeri yang disediakan kepada golongan muda untuk mencebuti bidang pertanian di kawasan bandar?

    Kerajaan Negeri memberikan fokus kepada memberi latihan/kursus/hands-on jangka pendek dan panjang di Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah di seluruh Negeri Selangor. Selain tu, penyediaan insentif dan geran keutamaan kepada golongan muda untuk menceburi bidang pertanian di seluruh Selangor termasuk kawasan bandar ada disediakan seperti berikut :-

  2. Apakah yang dimaksudkan dengan program pertanian bandar bersasar yang diumumkan oleh PMX di Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kuala Selangor pada 25.02.24?

    Program Pertanian Bersasar di bandar adalah satu inisiatif di bawah Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan yang bertujuan untuk memperkukuhkan komuniti bandar dan pinggir bandar melalui peningkatan hasil pengeluaran pertanian untuk kegunaan sendiri dan komuniti setempat di samping dapat menjana pendapatan di kalangan peserta komuniti melalui jualan lebihan hasil pertanian segar atau diproses bagi meningkatkan keselamatan makanan.

    Projek ini melibatkan komuniti di kawasan perumahan kos rendah, rumah ibadah, rumah/institusi kebajikan dan sekolah. Bantuan/insentif yang diberikan adalah berbentuk input dan peralatan pertanian, latihan, nasihat teknikal dan bimbingan daripada Jabatan Pertanian sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

    Jabatan Pertanian telah diperuntukan RM100,000.00 untuk program ini yang melibatkan penyertaan 50 peserta di lima lokasi berbeza iaitu PPR Raya Permai dan PPR Seri Cempaka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kebun Komuniti Sri Sedelli di Selangor, Komuniti Surau Taman Kota Raya, Johor dan Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh, Seberang Selatan di Pulau Pinang. Program ini merupakan tambahan kepada program pembangunan pertanian bandar sedia ada iaitu Kebuniti Madani (2022-2025) dan Program Pembangunan Pertanian Komuniti (2021-2025).

Lampiran

Tiada Lampiran.