Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
43) PROGRAM PENSWASTAAN ANTARA PBT DAN PIHAK SWASTA, MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT ( MDKL) DAN EHSAN ISTIMEWA SDN BHD.
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah keluasan tanah yang diperoleh oleh Syarikat Ehsan Istimewa Sdn Bhd dari pihak Majlis Daerah Kuala Langat ? Berapakah nilai semasa pegangan hartanah tersebut ?
Perjanjian Penswastaan telah di tandatangani pada 1 September 1999 di antara Kerajaan Negeri dan Tetuan Ehsan Istimewa Sdn. Bhd susulan daripada keputusan Kerajaan Negeri pada 2 Oktober 1996 yang telah meluluskan tanah seluas 8.71 ekar di Pekan Banting, Mukim Tanjong Dua Belas, Daerah Kuala Langat. Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat seterusnya mengeluarkan Notis 5A bertarikh 27 April 2011 bagi maksud pembayaran premium sebanyak RM1,419,773.00 berdasarkan nilaian semasa pada ketika itu.
-
Apakah pulangan yang diperoleh oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat melalui Program Penswastaan tersebut?
Pulangan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-
1. Pasar Baru Banting 4,062,000.00 2. Bazar 2 tingkat 2,500,000.00 3. Menaiktaraf Pasar Sari 500,000.00 4. Gerai makan 400,000.00 5. 8 unit kedai pejabat 3 tingkat 3,600,000.00 6. Perhentian Teksi 900,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 11,962,000.00
Kesemua pulangan ini telah selesai pembinaannya secara berperingkat dan seterusnya Kerajaan Negeri telah menyerahkan kesemua bangunan di atas kepada MDKL untuk diambil alih dan dikawal selia sepenuhnya pada tahun 2007.
-
Terdapat kawasan tanah- tanah yang masih belum dimajukan oleh pihak Ehsan Istimewa Sdn Bhd. Morib mengusulkan tanah-tanah tersebut diserah semula kepada Pihak Berkuasa Tempatan (MDKL) bagi pembangunan dan kemudahan awam yang lebih utama untuk masyarakat setempat seperti Perhentian Teksi Pekan Banting, premis-premis peniaga kecil dan kawasan lapang serta kemudahan awam yang lain.
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 10 Jun 2013 telah menolak soalan ini.