Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
13) PROGRAM PENINGKATAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program-program yang telah dan akan dijalankan untuk meningkatkan Penghayatan Islam dalam pentadbiran Negeri Selangor?
Program-program yang telah dijalankan untuk meningkatkan penghayatan Islam dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor ialah:
- Program Pengukuhan Perkhidmatan Awam
- Wacana Minda
- Wacana Khilafiah
- Diskusi Wanita
- Program Membudayakan Ilmu
JAIS akan memperkasakan program-program ini supaya dapat dilaksanakan ke seluruh Negeri Selangor bagi meningkatkan Penghayatan Islam dalam pentadbiran Negeri Selangor.
-
Apakah program untuk meningkatkan Penghayatan Islam untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor
JAIS telah mengambil beberapa pendekatan untuk meningkatkan Penghayatan Islam untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Antara pendekatan ialah dengan melaksanakan seminar bengkel, khursus dan latihan iaitu program Wacana Minda, Seminar Pengukuhan Perkhidmatan Awam, Seminar Pemantapan Akidah dan Wacana Ilmu Penjelasan Khilafiah dalam Ibadah. Di samping itu mengedarkan risalah dan pamplet ke agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan Islam serta penyampaian Ilmu melalui khutbah Jumaat.
-
Berapakah peruntukan yang disediakan ?
Jumlah peruntukan yang disediakan sebanyak RM 89,200.