Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
54) PROGRAM PENINGKATAN HASIL TANAMAN PADI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Walaupun jiran bersebelahan, namun nasib pesawah dan pengeluaran padi antara DUN Sungai Burong dan DUN Sekinchan jauh berbeza. Mengapakah ini berlaku dan bagaimanakah nasib para pesawah dan pengeluaran padi dalam DUN Sungai Burong dapat ditingkatkan sebanding dengan DUN Sekinchan?
Pengeluaran hasil padi di Kawasan Sekinchan didapati lebih tinggi berbanding Kawasan Sungai Burong walaupun kedudukannya bersebelahan.
Merujuk kepada data Penyiasatan Pengeluaran Padi Luar Musim 2021, purata hasil pengeluaran di Kawasan Sekinchan adalah 5.61 mt/ha berbanding Kawasan Sungai Burong 4.81 mt/ha. Perbezaan purata hasil ini adalah disebabkan oleh:
- Pengunaan input tambahan seperti baja foliar di Kawasan Sekinchan juga menyumbang kepada produktiviti padi yang lebih tinggi.
- Kadar serangan serangga perosak dan penyakit di Kawasan Sungai Burong yang lebih tinggi berbanding Kawasan Sekinchan terutamanya serangan bena perang, Ulat Pengorek batang dan Hawar Daun Bakteria (BLB) menyebabkan penurunan produktiviti.
- Survei yang dijalankan menunjukkan penggunaan varieti padi yang lebih banyak juga menyumbang kepada penurunan produktiviti padi di mana bilangan varieti padi di Kawasan Sungai Burong lebih banyak berbanding Kawasan Sekinchan.
- Saiz tanah sawah per individu juga menyumbang kepada produktiviti padi yang mana saiz yang lebih luas per individu melibatkan kos operasi yang lebih rendah dan pulangan yang lebih baik. Dapatan survei menunjukkan Kawasan Sekinchan mempunyai bilangan keluasan sawah per individu lebih besar berbanding Kawasan Sungai Burong.
Langkah-langkah Peningkatan hasil yang akan dilaksanakan
1. Program 1 Blok 1 Varieti
- Varieti yang akan ditanam tidak ditetapkan oleh pihak Jabatan . Penetapan varieti adalah dari petani blok berkenaan itu sendiri tetapi wajib varieti yang sama ditanam dalam satu blok ( Perlu perbincangan bersama ketua blok)
- Varieti yang ditanam mestilah mengunakan benih padi sah.
- sifat-sifat yang berbeza varieti yang ditanam antara lot-lot padi tersebut akan dapat mengawal serangan penyakit ke lot bersebelahan apabila petani melakukan aktiviti meracun di lot sendiri.
- Tempoh masa penuaian bagi 1 blok juga akan sekata dan seragam
2. Kerajaan Negeri telah meluluskan insentif Peningkatan Hasil Padi dalam Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12) sebanyak RM25,500,000.00. Pada tahun 2022, sejumlah RM 2,130,000.00 telah dibelanjakan di mana RM 1,250,000.00 bagi peningkatan hasil padi, RM 680,000.00 bagi Pemuliharaan dan Pemulihan Tanah Sawah, RM 100,000.00 bagi Pengeluaran Padi MyGap dan RM 100,000.00 bagi Pengurusan Perosak Bersepadu Tanaman Padi.
3. Penggunaan Input-input yang premium untuk meningkatkan produktiviti padi seperti asid amino, mikrob berfaedah, biopesticide dan penggalak tanaman.