Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

75) PROGRAM PENINGKATAN HASIL PADI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan untuk terus meningkatkan hasil padi Selangor?

    Kerajaan Selangor melalui Jabatan Pertanian berterusan menjalankan program peningkatan hasil padi. Antara program yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian adalah menjalankan program pengapuran bagi membaiki nilai pH tanah, memberi bantuan tanaman secara transplanter, baja dan racun kimia, memberi bantuan dan menggalakkan penggunaan bahan-bahan mesra alam seperti baja natural farming dan menggalakkan petani mengamalkan amalan pertanian

  2. Berapa peruntukan untuk melaksanakan program ini?

    Setiap tahun Jabatan Pertanian memperuntukan sejumlah RM 2.2 juta melalui peruntukan pembangunan dan RM 1.2 juta daripada peruntukan mengurus bagi tujuan

  3. Sejauh mana perlaksanaan 'rice check' dilaksanakan oleh petani untuk meningkatkan hasil padi

    Secara umumnya, petani di Selangor mengamalkan 10 elemen dalam Rice Check bagi menguruskan sawah padi mereka. Jabatan Pertanian sentiasa turun padang dan memastikan petani diberi latihan dan pemahaman yang cukup berkenaan amalan Rice Check

Lampiran

Tiada Lampiran.