Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

137) PROGRAM PENGURANGAN PELEPASAN GAS KARBON DIOKSIDA (ZERO NET CARBON EMISSIONS)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah polisi yang digariskan oleh Kerajaan Negeri bagi Program Pengurangan Pelepasan Gas Karbon Dioksida (Zero Net Carbon Emissions)?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kerajaan Negeri tiada menyediakan polisi khusus bagi Program Pengurangan Pelepasan Gas Karbon Dioksida atau Zero Net Carbon Emissions. Walau bagaimanapun, usaha-usaha bagi menangani pengurangan pelepasan Gas Karbon Dioksida sedang giat dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan melalui pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon.

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri supaya dapat melibatkan syarikat-syarikat di Negeri Selangor mengikuti Program Pengurangan Pelepasan Gas Karbon Dioksida (Zero Net Carbon Emissions)?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sedang giat menjalinkan kerjasama strategik bersama syarikat-syarikat bagi menjayakan Program Pengurangan Pelepasan Gas Karbon Dioksida (Zero Net Carbon Emissions). Diantara program-program yang dijalankan adalah sesi engagement dan townhall untuk memberi pendedahan mengenai Low Carbon Cities Framework and Assessment System, Program Hari Tanpa Kenderaan, Program Hari Alam Sekitar, Program Kesedaran Bandaraya Rendah Karbon dan Program Cekap Tenaga.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan PBT untuk menyediakan laluan berbasikal, pemasangan Sistem Penuaian Air Hujan, melaksanakan program tanam pokok yang boleh menyerap karbon dan menggalakkan penggunaan bas elektrik di Negeri Selangor. Pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai satu langkah awal untuk menuju ke arah bandar rendah karbon selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri bagi mengurangkan 40% pelepasan karbon menjelang tahun 2030.

Lampiran

Tiada Lampiran.