Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
261) PROGRAM PENGGERAK BELIA SELANGOR PEBS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kategori program anjuran PeBS dan jumlah program dilaksanakan sejak tahun 2020 - 2024.
Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah menjenamakan semula Penggerak Belia Tempatan (PeBT) kepada Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang di tempatkan di setiap 56 Dewan Negeri Selangor. Bermula daripada tahun 2024, PeBS telah distrukturkan semula dengan lantikan adalah berdasarkan zon di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. (PBT). PeBS menjalankan program berpandukan Dasar Belia Selangor 2015 yang kemudiannya ditambah baik kepada Dasar Belia Selangor 2020. Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan oleh PeBS seperti berikut;
Bil Dasar Belia Selangor Jumlah 1 Kepimpinan & Literasi Politik 51 2 Hubungan Antarabangsa & Pemikiran Global 12 3 Keusahawanan & Ekonomi Digital 25 4 Pekerjaan & Pembangunan Kemahiran 36 5 Pendidikan 148 6 Kebudayaan, Kreativiti & Sukan 427 7 Keagamaan, Kesihatan & Kesejahteraan 144 8 Digital & Media Sosial 31 9 Nasionalisme & Patriotisme 191 10 Keseimbangan Alam Sekitar 12 Jumlah Keseluruhan 1077 Kerajaan Negeri juga menggalakkan kepada mana-mana individu belia yang ingin melaksanakan program untuk bekerjasama dengan PeBS bagi merancakkan program belia.