Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
141) PROGRAM PENGGERAK AKTIVIS WANITA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah konsep dan matlamat program Penggerak Aktivis Wanita ini?
Sebagai makluman, Kerajaan Negeri tidak menyediakan sebarang konsep dan matlamat khusus kepada program Penggerak Aktivis Wanita di Selangor.
Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan dalam melaksanakan program yang memberi manfaat dan penglibatan semua lapisan golongan wanita melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Selangor melalui usaha-usaha sedia ada di bawah kendalian program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan penglibatan portfolio-portfolio lain.
-
Sejauh manakah keberkesanan program ini kepada kumpulan sasar?
Sama seperti di SUB(a)