Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

198) PROGRAM PENGAJIAN DI UNISEL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan program pengajian terkini diperingkat asasi, prasiswazah, pasca siswazah yang ditawarkan di UNISEL serta jumlah pelajar mengikuti program tersebut daripada tahun 2020-2023.

    Berikut merupakan senarai program pengajian terkini diperingkat asasi, prasiswazah, pasacasiswazah yang ditawarkan di UNISEL serta jumlah pelajar mengikuti program tersebut daripada tahun 2020-2023 adalah seperti berikut:-

  2. Nyatakan tahap kebolehan pasaran graduan UNISEL mulai tahun 2018 sehingga yang terkini.

    Kebolehpasaran graduan (GE) mengikut definisi yang diberikan oleh KPT merujuk kepada graduan yang mendapat pekerjaan, menjadi usahawan, melanjutkan pengajian dan mengikuti kursus meningkatkan kemahiran pada tahun konvokesyen. Pengukuran dilakukan ketika pelajar sudah menamatkan pengajian dan berakhir pada hari konvokesyen. Data terkini adalah untuk tahun 2022 yang baru dikeluarkan oleh pihak KPT pada 24 Ogos 2023.

     

    Jumlah graduan Unisel pada setiap tahun ialah antara 1,700 – 2,500. Mereka perlu menjawab kajian pengesan graduan (SKPG) yang diwajibkan oleh pihak KPT bagi mengukur kadar kebolehpasaran sesebuah IPT dan akan digunakan bagi mengukur penarafan sesebuah universiti.

     

    Kadar kebolehpasaran graduan Unisel 2018 hingga terkini  adalah  seperti jadual berikut :

     

    Tahun

    Keboleh pasaran Graduan UNISEL

    Kadar Purata Kebolehpasaran Nasional

    2018

    68.97

    80.2

    2019

    72.08

    86.2

    2020

    71.4

    84.4

    2021

    90.5

    85.5

    2022

    95.7

    90.2

     

    UNISEL menerusi pelbagai inisiatif membantu pelajar telah berjaya meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan setiap tahun dengan peningkatan ketara pada tahun 2021 dan 2022. Kadar kebolehpasaran Unisel terkini tahun 2022 iaitu 95.7% ini telah mengatasi kadar kebolehpasaran nasional iaitu 90.2%.

     

    Secara keseluruhan peratus 2022 ini meletakkan Unisel di tangga ke-15 dari keseluruhan 306 IPTS yang terlibat.  Berbanding sebahagian besar IPTS di kedudukan atas dalam kedudukan peratus kebolehpasaran graduan, jumlah alumni Unisel 2022 adalah jauh lebih besar iaitu 1,779. Untuk makluman tambahan, hanya 29 IPTS mencapai Kebolehpasaran melebihi 90% bagi tahun terkini 2022.

  3. Nyatakan program-program pengajian baharu yang akan ditawarkan oleh UNISEL pada masa hadapan.

    Universiti Selangor (UNISEL) memperkenalkan program-program pengajian baharu dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan membuat kajian semula program sedia ada secara periodikal sebagaimana syarat-syarat  Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi tahun 2023, tiga (3) program baru dibangunkan iaitu dua (2) iaitu Ijazah Sarjana Pengurusan Tenaga dan Diploma Teknologi Jaminan Makanan di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat.  Satu (1) program baharu iaitu Diploma Analitik Data di Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran.

Lampiran

Tiada Lampiran.