Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

307) PROGRAM PENERANGAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Boleh nyatakan program penerangan Kerajaan Negeri dan perbelanjaan pada tahun 2014?

    Kerajaan Negeri mempunyai sistem penyampaian penerangan media melalui akhbar Selangor Kini dan Portal Selangorkini. Akhbar Selangor KIni mempunyai tiga versi iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Tamil .

    Sehingga Oktober 2014, perbelanjaan bagi merealisasikan penyampaian penerangan kepada rakyat khususnya di Negeri Selangor adalah sebanyak RM3,504,746

  2. Apakah perancangan untuk meningkatkan program penerangan?

    Sebaran maklumat untuk Kerajaan Negeri Selangor disebarkan menerusi media sama ada secara atas talian, televisyen ataupun akhbar. Kerajaan Negeri turut memiliki agensi berita di bawah CCSB untuk memastikan maklumat mengenai Selangor direkod dan disebarkan. Setakat ini tiada masalah untuk menyebarkan maklumat yang diperlukan kepada orang awam dan rakyat Selangor.

     

    Kerajaan Negeri turut akan menyalurkan maklumat terus kepada ADUN – ADUN dan Penyelaras Dun masing-masing untuk memastikan maklumat program terkini disampai dan difahami pimpinan peringkat bawahan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.