Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

179) PROGRAM PENEMPATAN SEMULA (TRANSLOKASI) PENTERNAKAN LEMBU DI OLAK LEMPIT, KUALA LANGAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini program Penempatan Semula (Translokasi) Penternakan Lembu di Olak Lempit, Kuala Langat?

    Status terkini pembangunan Penempatan Semula (Translokasi) Penternakan Olak Lempit, Kuala Langat adalah semua kerja-kerja utama telah di siapkan iaitu kerja-kerja tanah, kerja membahagikan tapak projek kepada plot-plot individu, kerja membina parit, pemasangan paip air dan kerja-kerja sampingan yang lain. Sebagai kerja akhir, kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan (pembersihan) tapak projek dan parit tanah termasuk kerja berkaitan yang dijadualkan siap pada 28 Disember 2023. Selepas itu, tapak JKR akan menyerahkan tapak projek ini kepada pihak UPEN bagi tujuan pemajakan kepada penternak-penternak.

     

    Sehingga kini, seramai tiga (3) penternak diluluskan untuk memajak empat (4) plot penternakan di projek ini.  Selain itu, lima (5) permohonan pajakan daripada keseluruhan lapan (8) permohonan telah disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan seterusnya telah dipanjangkan kepada pihak UPEN bagi tujuan kelulusan.  Pejabat Tanah dan Galian (PTG) akan melaksanakan urusan pemajakan setelah pihak UPEN mengeluarkan surat tawaran pajakan kepada penternak-penternak yang terpilih.

  2. Bilakah operasi program ini akan dimulakan?

    Program ini dijangka mula beroperasi pada bulan Januari 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.