Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

101) PROGRAM PENDIDIKAN DALAM KARNIVAL KEPENGGUNAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan program-program yang dilaksanakan menerusi Karnival Kepenggunaan Negeri Selangor yang bertujuan mendidik pengurangan jumlah pelupusan sisa pepejal mengikut Pihak Berkuasa Tempatan sepanjang tahun 2018.

    Pelaksanaan Karnival Pengguna #BebasPlastik Negeri Selangor adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi kefahaman serta pendidikan berkaitan kempen-kempen kepenggunaan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada penduduk di negeri ini. Kempen-kempen yang turut dilaksanakan sewaktu Karnival ini antaranya adalah Kempen #BebasPlastik, Kempen Kitar Semula atau Reduce, Reuse and Recycle (3R) dan kutipan minyak masak terpakai.

    Berikut adalah program-program yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan menerusi Karnival Pengguna #BebasPlastik Negeri Selangor untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dengan menjadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab seperti Lampiran pada Jadual 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.