Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

267) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA KEBENARAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Program pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran sudah pun melepasi tarikh tamat tetapi masih ada permohonan yang tidak dibenarkan walaupun diserah sebelum tarikh tamat kerana tidak menepati definisi "kilang". Apakah definisi "kilang" di bawah mana-mana terma rujukan atau mana-mana pekeliling yang berkenaan?

    Definisi kilang adalah sebuah bangunan industri besar atau sederhana di mana diketuai oleh majikan dan dibantu oleh para pekerja untuk memproses sesuatu benda atau mengawasi pemprosesan mesin dari satu produk menjadi produk Iain, bagi tujuan untuk mendapatkan nilai tambah atau pun keuntungan. Kebanyakan kilang moden mempunyai gudang atau lain-lain kemudahan yang berkaitan seperti mengandungi peralatan berat seperti mesin yang boleh digunakan untuk memproses bahan atau produk yang boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat tersebut.

    Walau bagaimanapun, merujuk kepada Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dan juga Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Selangor Bilangan 6/2006, kilang tanpa kebenaran boleh didefinisikan seperti berikut:

    1. Kilang yang dibina di atas tanah kerajaan tanpa izin (setinggan);
    2. Kilang yang dibina di atas tanah milik yang kategori pertanian (syarat tanah belum diubah);
    3. Kilang yang beroperasi di premis bangunan kediaman atau bangunan perniagaan; dan
    4. Kilang yang beroperasi tiada lesen perdagangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

     

    Tambahan juga, antara faktor yang menyumbang kepada permohonan yang tidak dibenarkan walaupun diserah sebelum tarikh tamat adalah seperti berikut:

    1. Pemohon perlu menukar kategori dan syarat nyata tanah;
    2. Pemohon perlu mempunyai kelulusan kebenaran merancang dari PBT;
    3. Pemohon perlu mempunyai kelulusan pelan bangunan;
    4. Pemohon perlu mempunyai lesen perniagaan; dan
    5. Pemohon perlu mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan (Certificate of Fitness) atau Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Completion and Compliance).

Lampiran

Tiada Lampiran.