Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
88) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA KEBENARAN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak kilang tanpa kebenaran di Selangor mengikut daerah sehingga sekarang?
Jumlah kilang tanpa kebenaran di Selangor mengikut daerah adalah 5589 buah kilang sehingga September 2020. Walau bagaimanapun, bancian masih lagi dijalankan sehingga tamat Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran iaitu pada 31 Disember 2020. Data mengikut pecahan daerah adalah seperti berikut:
-
Berapa banyak pula pemilik tanah kilang-kilang tanpa kebenaran ini telah mengemukakan permohonan pemutihan sehingga sekarang?
Jumlah bilangan lot yang terlibat dengan kilang tanpa kebenaran adalah 4285 lot. Daripada amaun tersebut, jumlah pemilik-pemilik tanah yang telah mengemukakan permohonan pemutihan sehingga sekarang adalah berjumlah 136 pemilikan tanah. Pecahan adalah seperti berikut: