Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

162) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status Program Pemutihan Kilang Tanpa Izin?

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) di Negeri Selangor telah tamat pada 31 Disember 2015.

  2. Adakah Program ini telah dilanjutkan?

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Kilang Haram Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B. Tuan Ng Sze Han Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru yang telah diadakan pada 23 Julai 2018 telah bersetuju untuk meneruskan Program Pemutihan Kilang Haram dengan kajian semula ke atas insentif dan garis panduan syarat teknikal minima yang telah dilaksanakan di dalam PPKTK yang lalu menamakan program baharu ini sebagai Smart KTK (Kilang Tanpa Kebenaran) 2.0

  3. Adakah Kerajaan beri lebih kelonggaran kepada pengusaha kilang?

    Satu bengkel akan diadakan dalam masa yang terdekat bagi mengkaji semula insentif dan garis panduan syarat teknikal minima sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.