Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

129) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini perlaksanaan program pemutihan kilang haram di dalam Negeri.

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran telah bermula semenjak tahun 2006. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga tahun 2013, peratusan kejayaan pelaksanaan program tersebut adalah sebanyak 56.49%. Butiran mengenai kejayaan tersebut mengikut daerah adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Pecahan Peratusan Kejayaan Program Pemutihan Kilang Tanpa

    Kebenaran

      BIL. DAERAH BIL. LOT BIL.    PERMOHONAN TUKAR SYARAT
      BIL. %
      1. Petaling 985 828 84.06
      2. Klang 434 74 17.05
      3. Gombak 44 27 61.36
      4. Hulu Langat 336 160 47.62
      5. Kuala Langat 209 88 42.11
    BIL. DAERAH BIL. LOT BIL.     PERMOHONAN TUKAR SYARAT
    BIL. %
    6. Sepang 44 2 4.55
    7. Hulu Selangor 18 10 55.56
    8. Kuala Selangor 34 6 17.65
    9. Sabak Bernam 15 2 13.33
      JUMLAH 2,119 1,197 56.49
  2. Jelaskan punca kilang-kilang yang gagal memohon untuk program pemutihan ini dan apakah tindakan seterusnya oleh pihak Kerajaan

    Antara punca atau masalah pemilik tanah dan pengusaha kilang gagal memohon program pemutihan adalah seperti berikut

    • Pemilik tanah masih enggan menyertai Program Pemutihan Kilang (PPK) walaupun premium yang dikenakan telah diberi potongan 50%. Ini kerana mereka beranggapan bayaran premium yang dikenakan tersebut masihtinggi;
    • Pemilik tanah telah menyewakan tanah pada kadar yang rendah kepada pengilang-pengilang dan ini menyebabkan pemilik tanah enggan menyertai PPK kerana bayaran premium yang perlu dibayar adalah tinggi berbanding kadar sewa yang diterima;
    • Pemilik tanah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank kerana tempoh pajakan yang hampir luput dan usia pemilik tanah yang telah berumur; dan
    • Satu hakmilik yang mempunyai pemilikan tanah yang ramai merupakan salah satu faktor pemilik tanah enggan membuat permohonan tukar syarat kerana sukar untuk mendapatkan persetujuan semua pemilik tanah.

    Bagi menangani masalah keengganan pemilik tanah menyertai PPK, satu kajian penilaian mengenai keengganan pemilik tanah dan pengusaha kilang akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada bulan April 2014 dan kajian ini akan dilaksanakan oleh Department of Urban and Regional Planning, Kulliyah of Architecture and Environmental Design (KAED), International Islamic University Malaysia (UIAM).

Lampiran

Tiada Lampiran.