Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
17) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG DI MERU
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat banyak tanah-tanah milik persendirian yang belum ditukar syarat dari pertanian kepada perindustrian. Sejauh mana sambutan program pemutihan kilang dalam program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Berapa banyak Kilang di Meru yang telah diluluskan dalam program ini.
Jumlah kilang haram yang terdapat di Meru adalah sebanyak 35 buah dan dalam program ini, sebanyak satu (1) buah kilang di Meru yang telah diluluskan tukar syarat.