Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
141) Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MAMMOSEL)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan wanita yang telah mendapat manfaat daripada Program Mammosel?
Jumlah wanita yang telah mendapat manfaat daripada program Mammosel sehingga 15 Oktober 2020 adalah seramai 52,283 orang.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memberi sokongan tambahan kepada wanita yang didapati menghidapi kanser payudara susulan pemeriksaan Mammosel?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri hanya memfokuskan kepada Program Mammosel ini dahulu kerana melalui Program ini Kerajaan Negeri telah membantu ramai wanita di Selangor untuk membuat langkah pemeriksaan awal dan juga dapat melihat keberkesanan program ini. Walaubagaimanapun, bermula tahun ini Kerajaan Negeri telah menawarkan Program pemeriksaan Biopsi berbanding tahun tahun sebelum ini Program Mammosel dan Ultrasound sahaja.