Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

193) PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program, bantuan dan peruntukan Kerajaan Negeri untuk membasmi masalah kemiskinan mengikut PBT & PTD ?

    Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai program dan bantuan-bantuan untuk menangani masalah kemiskinan. Selain bantuan sara hidup bulanan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan dan Lembaga Zakat Selangor. Kerajaan Negeri turut merangka program jangka panjang seperti Program Pembangunan Insan Berkemahiran Teknikal, Program Kerajaan Prihatin, Bantuan peralatan dan mesin untuk meningkatkan pendapatan, program pertanian/contract fanning dan program motivasi serta latihan kemahiran untuk menjana pendapatan. Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), turut dilaksanakan adalah Projek Pembersihan Tandas oleh Ibu Tunggal serta Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) seperti bantuan sewa rumah,’bantuan kos pengangkutanke tempat kerja dan sekolah, bantuan kos rawatan dialisis buah pinggang serta bantuan-bantuan lain seperti program motivasi dan bantuan ihsan. Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membasmi kemiskinan.

  2. Berapakah data terkini bilangan orang miskin sehingga 2008 ini di Selangor dan terutamanya di Subang Jaya?

    Jumlah orang miskin di Selangor adalah seperti berikut:-
    Jumlah penerima bantuan JKM : 14,238 orang
    Jumlah penerima bantuan LZS : 9,452 orang
    Jumlah miskin berdaftar di Majlis Perbandaran Subang Jaya : 95 orang

Lampiran

Tiada Lampiran.