Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
249) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN DIGITAL SIDEC
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sasaran Selangor Accelarator Program dan Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX) bagi tahun 2024?
Sasaran Selangor Accelerator Programme (SAP) 2024 adalah menerima 300 permohonan, dengan 50 syarikat disenarai pendek untuk menyertai. Sidec juga mensasarkan 20% daripada syarikat pemula ini untuk mendapatkan pembiayaan dana teroka dalam tempoh 12 bulan selepas program selesai. Tahun ini, SAP turut menyasarkan syarikat pemula dari vertikal baharu seperti mobiliti dan sains hayat, serta mempromosikan inovasi, memacu pertumbuhan ekonomi, dan memupuk kelestarian merentasi pelbagai industri.
Bagi Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX) 2024, sasaran adalah menerima 250 permohonan, dengan 50 syarikat disenarai pendek, berbanding 30 pada tahun sebelumnya. Sasaran ini membolehkan SIDEC memberi peluang kepada lebih banyak syarikat untuk berkembang dalam industri e-dagang. SIDEC juga mensasarkan 5% daripada syarikat yang menyertai ECX untuk menggandakan GMV mereka sebanyak 100% dalam masa 3 tahun.
-
Sepanjang program ini berlangsung, berapa peluang kerja yang dapat disediakan?
Sepanjang program ini berlangsung, banyak peluang kerja telah disediakan. Contohnya, dalam Program Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX), syarikat The Pastels Shop, yang merupakan salah satu daripada 5 syarikat teratas, telah meningkatkan jumlah pekerja dari 80 kepada 156 dalam masa satu tahun, menambah 76 peluang pekerjaan baru. Manakala, contoh peserta bagi program Selangor Accelerator Programme (SAP) pula, syarikat MySyarikat telah berjaya meningkatkan peluang pekerjaan mereka dari jumlah 31 orang pekerja pada tahun 2023 kepada 58 orang pekerja pada tahun 2024 dalam tempoh satu tahun. Ini menunjukkan bahawa program-program seperti SAP dan ECX bukan sahaja membantu syarikat pemula berkembang, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan. Dengan 190 syarikat pemula yang dipupuk melalui SAP sejak 2018, di mana 41% daripada mereka telah menerima pelaburan awal, kita boleh jangkakan banyak lagi peluang pekerjaan yang telah dan akan terus diwujudkan hasil daripada perkembangan dan pertumbuhan syarikat-syarikat ini.