Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
61) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dalam manifesto pilihanraya yang ke-13 yang lalu, Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar berjanji untuk melaksanakan dua program berikut:- 1. Menubuhkan Yayasan Pembangunan Usahawan Selangor. 2. Membina gerai-gerai untuk peniaga kecil di Bandar. Sejauh manakah perlaksanaan program ini telah dilaksanakan?
Di bawah manifesto pilihanraya ke-13 yang lalu, manifesto di bawah Pembangunan Usahawan dan Inovasi ialah Perbadanan Usahawan Negeri Selangor. Pelaksanaan program ini adalah ianya telah dibentangkan semasa “Retreat EXCO” di Bangkok pada 18-20 September 2013 dan hasilnya Perbadanan Usahawan Negeri Selangor di ubah ke Pusat Usahawan Negeri Selangor. Beberapa program telah dirancang di bawah Pusat Usahawan Negeri Selangor dan di antaranya adalah menaiktaraf Pusat Pengumpulan IKS Negeri Selangor kepada Bazar Darul Ehsan. Dijangka Bazar Darul Ehsan pertama yang bertempat di Banting, Kuala Langat akan mula beroperasi pada bulan Mei 2014.
Buat masa ini kerajaan negeri melalui PBT belum bercadang untuk membina gerai-gerai baru kerana masih terdapat banyak kekosongan gerai sedia ada di kebanyakan PBT sebagai contoh di Majlis Perbandaran Klang kerana masih terdapat ruang-ruang niaga di dalam kompleks perniagaan khusus untuk peniaga-peniaga kecil berniaga pada kadar sewa yang berpatutan dan munasabah seperti di Plaza MPK dan Emporium Makan di Bandar Klang.
-
Berapa peruntukan yang telah ditetapkan untuk program ini?
Berdasarkan ucapan pembentangan Belanjawan 2014, Y.A.B Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan sejumlah RM50 juta akan di peruntukan dari rizab negeri bagi Pembangunan Usahawan dan Pemerkasaan Belia.
-
Apakah sasaran Kerajaan dalam melaksanakan program ini?
Sasaran Kerajaan dalam melaksanakan program ini adalah memusatkan semua aktiviti dan program keusahawanan di bawah Pusat Keusahawanan Negeri Selangor sebagai sebuah agensi sehenti bagi pembangunan keusahawanan.