Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
62) PROGRAM PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH-RUMAH RAKYAT YANG TELAH USANG (URBAN RENEWAL)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah projek-projek rumah kos rendah yang telah melebihi 25 tahun yang terdapat di Negeri Selangor?
Projek-projek rumah kos rendah yang melebihi usia 25 tahun yang telah dibina oleh PKNS adalah sebanyak 33,198 unit rumah.
-
Berapa jumlah unit rumah kos rendah satu bilik dan dua bilik yang melebihi 25 tahun?
Projek-projek rumah kos rendah satu bilik dan dua bilik yang melebihi usia 25
tahun adalah sebanyak 33,198 di mana unit rumah yang mempunyai 1 bilik adalah sebanyak 2,699 unit dan rumah yang mempunyai 2 bilik adalah sebanyak 30,499 unit. Perincian adalah seperti Lampiran A.
-
Apakah rancangan kerajaan Negeri untuk membina semula rumah-rumah kos rendah yang usang ini?
Kerajaan negeri di bawah program urban redevelopment telah mengenalpasti banyak pangsapuri-pangsapuri yang usang perlu dibangunkan semula. Oleh itu, PKNS telah mengenalpasti projek pembangunan semula seperti:
Bil Projek 1 Datum Jelatek 2 Rumah Pangsa Seksyen 17, Petaling Jaya 3 Rumah Pangsa Seksyen 16, Petaling Jaya 4 Rumah Pangsa Jalan Kuching, Kuala Lumpur 5 Rumah Pangsa Kampung Baru, Kuala Lumpur 6 Rumah Pangsa Jln Enggang, AU2, Keramat