Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
186) PROGRAM PEMBANGUNAN NELAYAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peserta yang mengikuti program pembangunan nelayan di Selangor.
Jumlah peserta yang mengikuti Program Pembangunan Nelayan di Selangor adalah seperti berikut :
Tahun Kawasan Bilangan penerima Jenis Bantuan 2012 Kuala Langat 19 Jaring, Sampan, Enjin Sangkut Jumlah 19 2013 Kuala Selangor 23 Enjin Sangkut & Peralatan Akuakultur Gombak/Petaling 3 Peralatan Akuakultur Hulu Langat 1 Peralatan Akuakultur Hulu Selangor 1 Peralatan Akuakultur Klang 3 Peralatan Akuakultur Kuala Langat 10 Peralatan Marin & Peralatan Akuakultur Sabak Bernam 1 Peralatan Akuakultur Jumlah 42 2014 Kuala Selangor 49 Jaring, Sampan, Enjin Sangkut, Alatan Keselamatan
Sabak Bernam 556 Kuala Langat 24 Jumlah 629 2015 Kuala Selangor 61 Sampan, Enjin Sangkut, Jaring, Peralatan Akuakultur Sabak Bernam 81 Sampan, Enjin Sangkut, Jaring, Penyejukbeku Kuala Langat 8 Sampan, Net hauler, Peralatan Akuakultur 150 2016 Sabak Bernam 17 Jaring Kuala Selangor 36 Klang 78 Kuala Langat/Sepang 212 Sabak Bernam 100 Global Positioning System (GPS) Kuala Selangor 100 Klang 100 Kuala Langat/Sepang 100 Sabak Bernam 44 Bantuan Nelayan Sungai Jaring, Kotak insulasi, lampu, jaket keselamatan
Jumlah 787 Jumlah Keseluruhan 1,627 -
Nyatakan jumlah peruntukan untuk menjayakan program tersebut.
Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Perikanan untuk membantu nelayan dan penternak akuakultur. Jumlah peruntukan yang disalurkan pada tahun 2012 sebanyak RM141,250, tahun 2013 sebanyak RM196,900, tahun 2014 sebanyak RM531,000, tahun 2015 sebanyak RM1,297,600 dan tahun 2016 sebanyak RM1,695,200.00. Peruntukan yang disalurkan kepada nelayan adalah bantuan peralatan menangkap ikan, sampan, enjin sangkut serta alatan keselamatan. Kerajaan negeri juga telah memberi bantuan kepada 44 orang nelayan darat yang berupa peralatan nelayan seperti jaring, kotak insulasi, lampu dan jaket keselamatan yang bernilai RM20,000.00.
Bagi penternak akuakultur berumur 18-65 tahun serta telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun, jenis bantuan yang diberikan adalah seperti sistem ternakan (sangkar, tangki), input operasi (benih, makanan, induk) dan peralatan mudah alih (pam, generator, kincir air dan lain-lain. Pada tahun 2015, seramai 7 orang penternak akuakultur telah menerima bantuan ini yang berjumlah RM120,000.00. Pada tahun 2016 pula, seramai 131 orang penerima dengan nilai bantuan RM630,000.00