Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
70) PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri menubuhkan Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dalam usaha melaksanakan program-program bagi pembentukan modal insan belia. Apakah bentuk program pembangunan modal insan yang telah dilaksanakan?
Dalam usaha pembangunan Modal Insan, Jawatankuasa Tetap Belia telah
melaksanakan Program Youth In Community. Program ini bertujuan memupuk
semangat kesukarelawan belia dalam membantu dan menabur bakti kepada
masyarakat setempat. Program Youth In Community bukan hanya dilaksanakan di
peringkat Negeri malahan turut dilakukan di peringkat Zon Penggerak Belia
Tempatan.
Penggerak Belia Tempatan juga tidak terlepas dalam menerima faedah daripada
Jawatankuasa Tetap Modal Insan sendiri yang mana para ahli Penggerak Belia
Tempatan telah mengikuti kursus SPIES bagi tujuan meningkatkan lagi sahsiah diri. -
Nyatakan statistik bilangan belia yang telah dilatih menerusi program PeBT setakat ini?
Kerajaan Negeri tidak melatih belia secara khusus menerusi program PeBT namun
Program Kursus Kepimpinan PeBT telah berjaya dilaksanakan pada tahun lepas dan
akan dilaksanakan pada tahun ini. Tujuan program Kursus Kepimpinan PeBT ini
adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli jawatankuasa Penggerak Belia
Tempatan dalam melaksanakan agenda Pembangunan Belia di zon yag
dipertanggungjawabkan.
Selain itu, bermula pada Oktober 2010, Kerajaan Negeri akan melaksanakan klinik
usahawan, klinik sukan dan klinik budaya. Klinik ini merupakan program serampang
dua mata yang mana ianya adalah untuk meningkatkan kemahiran belia dalam tiga
kemahiran yang dinyatakan tadi dan juga bertujuan mengekang belia untuk terlibat
dengan masalah sosial. Ini berikutan klinik ini akan diadakan sekurang-kurangnya
dua kali sebulan. -
Apakah program PeBT dapat membentuk pangkalan maklumat profil belia negeri meliputi aspek seperti pendidikan, pekerjaan, gaya hidup dan sumbangan mereka?
Kerajaan Negeri telah mengumpulkan data daripada Jawatankuasa PeBT tentang
belia seluruh negeri Selangor. Sehingga 25 Jun 2010, sebanyak 457 data PeBT
telah dikumpul daripada jangka tersebut sebanyak 6,541 data belia di Selangor telah
diperolehi. Usaha mengumpul data belia yang baru bermula pada tahun 2010 akan
diteruskan lagi dengan giat pada program-program belia yang dianjurkan sepanjang
tahun