Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
19) PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN 2019
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program pembangunan modal insan yang telah dirancangkan bagi tahun 2019?
Program Pembangunan Modal Insan merupakan salah satu dasar dan agenda penting Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk melahirkan rakyat yang cemerlang, berkualiti, berdaya maju dan berdaya saing yang menjadi aset berkualiti kepada negeri dan berupaya meyumbang kepada pencapaian dan halatuju Kerajaan Negeri Selangor. Pelaksanaan Program Pembangunan Modal Insan sejak 2008 telah banyak memberi manfaat terutamanya terhadap kualiti kehidupan masyarakat dan pengurangan kadar jenayah dan program yang berfaedah ini perlu diteruskan ke arah pembentukan masyarakat yang seimbang.
Pada tahun 2019, perancangan bagi Program Pembangunan Modal Insan adalah pelaksanaan Program INSAN yang lebih terfokus kepada kluster utama iaitu belia, remaja, komuniti, keluarga dan wanita. Selain itu, program Karnival Kerjaya – Selangor Job Fair juga masih diteruskan di dalam perancangan tahun 2019. -
Adakah ianya meliputi program pasca perkahwinan seperti yang telah dinyatakan di dalam belanjawan 2019?
Program Pembangunan Modal Insan tidak meliputi program pasca perkahwinan seperti yang telah dinyatakan di dalam belanjawan 2019.