Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
148) PROGRAM PEMBANGUNAN DESA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini program pembangunan desa hasil daripada ÒBengkel Kenali KampungkuÓ yang dihadiri oleh 131 JKKK daripada daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor?
Bengkel Kenali Kampungku yang dilaksanakan pada tahun 2013 telah ditangguhkan dan tidak diteruskan pelakssanaanya.
-
Sejauh manakah hasil perbincangan tersebut diguna pakai oleh kerajaan negeri untuk pembangunan desa?
Bengkel Kenali Kampungku telah memberi banyak manfaat kepada Kerajaan Negeri bagi merancang program-program pembangunan desa di negeri Selangor. Hasil daripada perbincangan tersebut telah digunakan untuk menambahbaik program-program pembangunan desa pada masa ini antaranya ialah program berkonsep Kampungku Kesayanganku yang telah dijadualkan pelaksanaannya sepanjang tahun ini. Program ini telah dirancang selepas melihat keperluan di kampung-kampung, hasil daripada perbincangan yang diperolehi semasa Bengkel Kenali Kampungku. Antara matlamat pelaksanaan Kampungku Kesayanganku ialah membangunkan kampung dari sudut fizikal dan spiritual, mewujudkan inkubator di daerah untuk melahirkan lebih banyak usahawan desa dan memupuk rasa kasih dan sayang kepada kampung halaman.