Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
29) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Dalam usaha Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor melahirkan para atlit yang berkualiti dan berbakat, apakah dasar-dasar digunakan pakai oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan sukan di peringkat daerah khususnya di Pelabuhan Klang?
Majlis Sukan Negeri Selangor telah merangka pelbagai program bagi melahirkan atlit yang berbakat dan berkualiti antaranya:
- Mengujudkan Pusat Sains Sukan dan Kejurulatihan bagi menyediakan perkhidmatan sains sukan dari aspek pemilihan atlit, latihan dan sebagainya.
- Mengujudkan Sekolah Pusat Negeri bagi atlit-atlit yang cemerlang untuk digilap dan diberi latihan yang sistematik agar potensinya terus cemerlang.
Melalui Majlis Sukan Daerah, atlit-atlit di daerah berpeluang mengambil bahagian dalam program-program yang diadakan di daerah-daerah dan atlit yang berpotensi akan disalurkan ke program –program seperti Program Sukan Teras anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, selain dari Sekolah Pusat Sukan yang diujudkan oleh Negeri Selangor.
-
Apakah pendekatan atau bentuk kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) dengan persatuan sukan negeri atau daerah dalam penglibatan remaja dan belia serta pihak swasta di negeri Selangor?
Majlis sukan Negeri Selangor sentiasa mengujudkan kerjasama dengan Persatuanpersatuan Sukan Negeri di bawah naungannya antaranya peruntukan kewangan tahunan, perkhidmatan sains sukan, penyediaan kemudahan-kemudahan latihan dsb. Melalui Majlis Sukan Daerah, pihak berkuasa tempatan dan pihak swasta pelbagai program-program sukan untuk remaja juga telah banyak diadakan
-
Dengan kemudahan infrastruktur sukan yang ada di Pelabuhan Klang seperti gelanggang badminton, padang bola sepak, kompleks sukan dan pusat rekreasi, apakah rancangan pengkhususan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dalam usaha menarik lebih ramai lagi atlit-atlit muda yang berpotensi di peringkat daerah?
Mulai tahun 2009 ini, Majlis Sukan Negeri Selangor telah melantik pihak berkuasa tempatan menerajui Majlis Sukan Daerah masing-masing. Ini bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan akan lebih berkesan menjalankan program-program dan penggunaan fasiliti sukan di daerah dengan bantuan Majlis.
Sukan Selangor yang diadakan setiap dua (2) tahun juga akan menampilkan atlit-atlit yang lebih berkualiti bagi mewakili daerah masing-masing, di masa-masa akan datang melalui perubahan pendekatan ini. Secara umumnya, penglibatan remaja akan lebih aktif dalam bidang sukan.