Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

281) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan maklumat program dan skim pembangunan belia Selangor

    a dan c)

     

    Skim pembangunan belia di Negeri Selangor melibatkan pelbagai aktiviti yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di dalam setiap zon.

     

    Di samping itu juga, program belia juga dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

     

    Program yang dijalankan untuk belia yang melibatkan semua DUN di Negeri Selangor adalah sebagaimana berikut :-

     

    1. Program Insentif Perkahwinan
    2. Sambutan Hari Belia Antarabangsa
    • Sambutan Hari Sukan Antarabangsa
    1. Program Walkathon BES
    2. Sidang Belia Negeri Selangor
    3. Program Usahawan Belia Selangor
    • Bengkel Pengucapan Awam
    • Bengkel Kepimpinan PeBT
    1. Program Perkahwinan Perdana Belia Selangor

     

  2. Sejauh manakah PeBT dapat memberi manfaat kepada belia Selangor

    Penubuhan PeBT banyak memberi manfaat kepada dalam menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri kepada Generasi Muda di Negeri Selangor. Sebagai contoh, banyak program-program di peringkat Zon / Kampung dan Daerah digerakkan oleh PeBT menggunakan peruntukkan yang disediakan kerajaan negeri dan tambahan dari pihak ADUN / Ahli Majlis Zon tersebut. Sebagai contoh Program Bengkel

     

    Pengucapan Awam di setiap daerah untuk memupuk keberanian Generasi Muda berucap dan menyuarakan pendapat secara profesional di khalayak ramai. Selain itu, program-program seperti Kejohanan Futsal, Kayuhan Santai Belia Ehsan Selangor dan pelbagai lagi telah dijalankan kearah memupuk budaya hidup sihat dan aktif untuk generasi di peringkat kampung, zon mahupun daerah.

    Di peringkat Kerajaan Negeri juga, banyak program yang telah dijalankan bermanfaat untuk Generasi Muda contohnya program membantu menjalankan majlis perkahwinan bagi Generasi Muda yang kurang berkemampuan dengan mengadakan Program Perkahwinan Perdana Belia 2014. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri telah menjalankan Program Hari Sukan Antarabangsa 2014, Program Hari Belia Peringkat Antarabangsa di mana melibatkan Generasi Muda di seluruh Selangor ke program tersebut.

     

  3. Sila kemukakan program yang dijalankan untuk belia mengikut DUN dalam tahun 2008 hingga 2014

Lampiran

Tiada Lampiran.