Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

166) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan untuk membangunkan Modal Insan kaum belia ?

    Kerajaan Negeri berusaha untuk membangunkan modal insan kaum belia adalah melalui pelantikan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang menjadi tunjang utama di dalam menggerakkan ratusan program-program dan aktiviti pembangunan belia di pelbagai peringkat seluruh Selangor.

    Pembahagian kawasan pentadbiran seseorang PeBT mengikut setiap zon PBT menjadikan taburan perlaksanaan pelbagai program belia di Selangor berlaku secara menyeluruh tanpa mengabaikan di mana-mana kawasan bandar atau terpencil.

    Pengerusi PeBT yang dibantu oleh sekumpulan AJK di peringkat zon tertentu tersebut menjadikan mereka satu jentera rasmi Kerajaan Negeri yang bergerak di lapangan dengan mendekati belia dan kumpulan sasarnya.

     

  2. Senaraikan program-program yang telah dirancang

    Program-program yang telah dirancang pada tahun 2015 dan bajet atau peruntukan yang disediakan adalah sebagaimana berikut :-

    Bil Program Peruntukan
    1. International Youth Conference RM100,000.00
    2. Program

    Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di Seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagaimana berikut :-

     

    i) Kemasyarakatan

    RM1,440,000.00
      –      Program Hijrah To The Great Mukmin

    –      Program Keluarga Angkat dan Fakir Miskin

    –      Program Gotong- Royong Bersama Rakyat

    –      Program Hari Mesra Belia dan Usahawan

    –      Kempen Derma Darah Kemasyarakatan

     

    ii)    Kepimpinan

     

    –      Program Motivasi Remaja

    –      Bengkel         Pengurusan          Organisasi          dan Perancangan

    –      Program Pembangunan Jatidiri dan Sahsiah

    –      Expidisi Cabaran Rimba

    –      Remaja Kini Bermula

     

    iii)   Pendidikan

     

    –      Klinik Teknik Penulisan Bahasa Inggeris dan Bengkel Kerjaya

    –      Ceramah Pendidikan dan Motivasi

    –      Klinik Al-Quran dan Fardhu Ain

    –      Kursus Pembangunan Kerja Belia

    –      Program Keibubapaan dan Pengenalan Pusat Tuisyen Masyarakat

     
    3. Change Management dan Kursus Asas RM20,000.00
    4. Program ADUN Muda Selangor RM50,000.00
  3. Berapakah bajet disediakan untuk program ini ?

    Sama seperti di SUB (b)

Lampiran

Tiada Lampiran.